Di taja OLEH:

7/16/2012

..:: ISTERI ::..






Assalamualaikum..Nota kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Pak Tuyu. (13/07/2012)

- Kitab Muhimmah -
" Masalah yang ditimbulkan Isteri "

1. Diriwayatkan isteri Nabi pun lawan ckp Nabi,apatah lg kita ni..wanita diciptakan dari tulang rusuk yg bengkok,tidak lurus..bila bernama isteri,suamilah yg akan mjaga,bagi nasihat dan buat teguran.


2. Bila salah cakap sikit merajuk,silap gurau sikit menangis,kalau dia yg salah cakap takpe pulak,selalu nak betul..terima sajelah karenah isteri,kalau tak ikut tak berbinilah kita.


3. Bertolak ansur dan ikutlah dlm perkara yg remeh,jgn lawan belaka..tp jika dia buat perkara yg salah disisi agama barulah kita lawan.


4. Orang yg paling baik dan beriman adalah orang yg paling baik pada isteri serta anak-anaknya kata Rasulullah.


5. Sayangilah isteri dgn cara yg betul,tegur isteri jika dia tak ikut perintah agama.


6. Wajib bg nafkah utk isteri makan dan minumnya dua kali sehari,kalau lebih itu lg baik..itu tanda sayang seorang suami pada isterinya.


7. Orang yg sayang isteri sentiasa bg hadiah utk isterinya,sentiasalah bg buah tangan kalau pergi mana-mana..ingatlah selalu padanya,biar dia senang hati selalu..ini tidak kalau makan kat kedai suami mkn tomyam,bungkus kat isteri roti canai je.


8. Biar isteri makan sedap-sedap lebih dari suami,pasal dia bini kita..byk susah payah yg dia lakukan utk kita,lahirkan anak kita,besar jasa isteri pada suami.


9. Bila dah beranak susah payah pulak nak didik anak-anak kita,bg la hadiah biar suka hati selalu..tanda kasih sayang kita padanya.


10. Jika sayang pada isteri jgn la bg dia buat kerja rumah selalu,biar dia byk rehat..bg cuti kat dia.


11. Jgn disebabkan satu perangai buruknya kita membenci isteri,lg byk benda baik yg dia lakukan utk kita b'banding keburukan..jgn sesekali hanya pandang pd kekurangannya.


12. Bila isteri buat silap,tegurlah..jgn hukum selalu,isteri ada kebaikkan dan kelemahannya..normal la tu.


13. Kena molek isteri comel doh tp dok pandai masak,putih leput doh kentut busuk pulak..ada lebih dan ada kekurangan.


14. Tgk pada buku resepi macam-macam jenis,nangis-nangis suruh belikan buku resepi tp makan kat kedai semacam..eksyen je lebih.


15. Isteri yg dikurniakan pada kita tu memang dah sesuai utk kita,Allah yg jodohkan kita..terimalah segala kekurangan isteri,mungkin itu kafarah utk dosa-dosa kita sebelum ini.


16. Tak mencabarlah sesebuah rumahtangga itu jika isteri jenis diam je,tak m'bebel langsung atau b'tengkar dgn kita..tak seronok..kalau isteri suka m'bebel barulah seronok dlm rumahtangga ni.


17. Nabi kita kata jgn sesekali sepak terajang atau maki hamun isteri..malam-malam kita ajak tidur ngan kita pulak.


18. Ni lepas mu sepak terajang bini mu,mu ajok bersama (jimak) dgn dia pulak..jahatnya suami yg jenis mcm ni!!


19. Walaupun isteri kita tak secantik bidadari,cantik masa atas pelamin je..dia tetap isteri kita,terimalah segala kekurangannya.


20. Bila kita nak bertengkar dgn isteri kita ingat dan renungkanlah mase kita berkasih dulu..panggil sayang sokmo,ni dop bila bertengkar gi panggil beruk!patutnya panggil sayang jugak la.


21. Saidina Umar b'kata biarlah isteri b'mulut jahat sikit,byk dah pengorbanannya..tukang masak utk kita,tukang basuh baju kita,jahit baju kita,padahal itu tak wajib pun bagi dia.


22. Dalam Islam tak wajib pun suami tinggal b'sama isteri,tp wajib melawat dan jenguk isteri..ni dok sapa tok laki nok keluor rumah pun payah.


23. Antara jasa isteri lg,dia susukan anak kita..bukan kita yg bg susu,kalau kita yg tukang bg..keringla anak kita,nok tubik susu kot mane..


24. Suami jgn kedekut dgn isteri,ni lebihkan kawan-kawan dari isteri!nak bukak air cond waktu tinggal isteri dlm kereta pun sayang..rela matikan enjin biarkan isteri kepanasan,berape sen sgt duit minyak kalu bukak air cond,kedekut nak mampus!


25. Walau dah bg nafkah makan minum utknya,bg la jugak duit bulanan,kalu boleh biar RM2000 sbulan..belikan hadiah yg mahal-mahal,nim gi beli jam pasar malam je harga lima belas ringgit..jam spongebob.!!


26. Belilah barang kemas,rantai dan gelang..beri pada isteri,isteri kita kan tu,bukan org lain pun!


27. Sekarang dah dekat bulan puasa,nanti nak raye,cer tanya org puang kita,siap tak lg baju raye?semua dah siap!anak-anak pun belum beli lg,tp tak ape la..isteri kita kan,layanla dia,siapa suruh mu kawin dgn dia!kalu mu maroh mu kawin dgn org laki la!


28. Bila kita ada isteri,kita t'hindar dari lakukan dosa dan maksiat..besarnye jasa isteri t'hadap kita..elakkan kita dari b'zina..boleh pergi pada isteri kita yg halal.


29. Isteri kita kat dunia sekarang ni akan jd isteri kita jugak kat Syurga,jd umur 17 tahun..comel pulak tu,telah di"convert" secantik Bidadari hinggakan kita sendiri pun tak berapa cam kerana terlampau cantik.


30. Di Akhirat nanti isteri kita yg suka membebel di atas dunia ni tak membebel doh la kat sana,akan sentiasa bernyanyi-nyanyi utk kita dgn suara yg sgt merdu,disebut didalam hadis Nabi.


31. Janji Allah,setiap kali kita pandang wajah isteri kita didalam syurga..maka setiap kali pandang wajahnya akan jd semakin cantik.




alhamdulillah aku seorang isteri.. alhamdulillah jugak suami aku melayan aku dgn penuh kasih syg dan tolak ansur..terima kasih YA ALLAH...


Credit to Koleksi Short Note Kuliah (ustaz Azhar Idrus):

1 comment:

Anonymous said...

betul3.. =)

..::OuR JouRneY::..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers