Di taja OLEH:

6/28/2010

Lama ku tinggal kan....

Salam kawan² maaf kerana terbiar Blog ni kesunyian tanpa cerita baru.. hurrmm kesihatan tidak begitu mengizinkan utk mencoretkan cerita² baru...hanya mampu melihat sahaja...

Maaf sekali lagi di pinta...izinkan blog ini menyepi untuk sementara waktu..kerana atas sebab² yg xdapat dielakkan... Terima kasih di atas sokongan rakan² semua...

♥♥♥♥


Niena_Shengal

6/23/2010

23 June 1986..♥♥♥♥

Taggal 23 june 1986, Tepat jam 1.45 minit pagi lahir la seorang Bayi perempuan dengan berat 3.1 kg yang di beri nama Siti Shaznina oleh kedua ibu bapa nya...
Dan hari ini merupakan tanggal 23 june 2010 maka bayi tersebut telah membesar menjadi seorang yang dewasa dan sudah pon berumur 24 tahun.. Maka dengan ini aku ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada diri sendiri :)
Thanks to mama n ayah yg xpernah kenal erti penat melayan karenah adik dari kecil sampai ke besar nih..almaklum la..anak bongsu ni..banyak karenah nyer..banyak ragamnyer..:) hihi terima kasih mama kerana melahirkan adik kedunia ini..tanpa mama dan ayah mungkin adik tak sebahagia sekarang..
terima kasih sekali lagi... jasa mama akan adik balas di dunia n akhirat...
love u mama..muax..♥♥♥♥

6/22/2010

60 KG..!!!!

Aku tak tau kenapa..Tapi yang pasti aku tak nampak alangsung badan aku ni naik a.k.a Gemuk..Tapi aku perasan..Sejak 2 3 menjak nih.. selera makan aku makin menjadi² xkira mase ataupun di mane... aku cume tau makan....makan...makan..!!!
Sampai la satu hari aku terasa nak sgt timbang berat.. hurrmm... Berat ideal aku adalah 48-55 kg ☺..selama ni berat aku xpenah larik jarak jauh la.. hurrmmm Baru² ni aku de p jalan² kt shopping Complex.. so tengah jalan² tu nampak la kan 1 alat penimbang kat sane..so ape lagi cari la syiling 20 sen.. masuk la dalam tu.. sekali aku timbang..huh jarum tu ngam² berenti dekat.. 60kg..!!!!! aku rase mcm nak menjerit dah mase tu...Wahhhhhh !!!! tak terkate dah mase tu..dalam hati mula mencongak².. nk betunang raye pose..nk kawen raye aji... huh dalam hati dah nih.. aku kene NekadDIET.!!!

Oh tidakkkk..!!!!!! huhuhuhu So malam tadi.. kawan² rumah nk buat senaman aerobik..dengan secara sukarela aku join dorg..huhu abis berpeluh aku mlm tadi..de jugak la sejam lebey ktorg bersenam..memula aerobik..pastu yoga..wahh..rase segar badan.. terkejut lemak² aku.. :D (Padan muke ko lemak)

Jom la nk update sket pasal kebaikan senaman nih..

Jenis senaman yang aku lakukan adalah senam aerobik..:)

Senaman adalah salah satu rawatan yang boleh merawat dan juga hindari dari pelbagai jenis penyakit..
Senaman juga perlu dirancang dengan teratur supaya dapat mengelakkan diri daripada tercedera.
Senaman yang dirancang hendaklah menghapuskan faktor-faktor risiko seperti kegemukan, peningkatan lemak dalam darah mengambil snek berlebihan, minuman keras dan penyalahgunaan dadah.
Senaman hendaklah dilakukan secara perlahan-lahan dan intensitinya ditingkatkan beransur ansur. Aktivit aerobik seperti berjalan, berbasikal, senaman kaliostenikdan lain lain yang berintensiti rendah digalakan....
Senaman jugak harus dilakukan selama 10-30 minit  mengikut ketahanan anda. (Waktu memula watla dalam 20 minit)



So kawan² mari lah kita bersenam.. :)

nota terjatuh : Target nk turun 10 kg..weeeeeee Wish me luck guys...:p

10 Petanda Si Dia Jodoh Kita ♥♥♥

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita? ♥♥♥

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

6/18/2010

Ayah

Ayah...

Mase adik kecik dulu adik selalu manje² ngn ayah..sampai ayah pon naik rimas.. hihi tapi adik suke.. yang penting adik tau bile adik menangis ayah tetap pujuk sampai adik senyum kembali.. :) rindu sangat mase tu...

6/15/2010

Tag dari Cik Myra

Wahhh...mcm da agak lama xupdate ini blog la..huhu skali aku bukak dpt plak tag dari cik Myra ni ha.. soh jawab tag..aduhh da la kemalasan...tapi disebab kan myra akk rajinkan jugak... :p

1.Soalan pertama : adakah anda rasa anda hot?
- Hot xde la..panas ader.. :p

2.Soalan ke-dua: upload wallpaper yang anda guna sekarang. 
-ni la wallpaper yg gune sejak bebrape bulan yg lepas.. :)


3.Soalan ke-tiga : cerita pasal wallpaper tersebut.
- Xde citer pon disebalik gambo nih..aku rase nk menenagkan pkran so letak la view pemandagan hijo depan mate.. :)

4.Soalan ke-empat : bila kali terakhir anda makan pizza?
-Aduh komfem la da lame giler xmkn...xigt la siyes..sbb rase teringin lagi..huhu lau tny kfc ke..mcd ker..boleh la kot bgtaw..hikhik :p

5.Soalan ke-lima : lagu paling latest anda dengar.
- lagu yg aku cari sejak bebrape minggu yg lepas..n smlm baru dpt.. :)
Justin bieber - baby

6.Soalan ke-enam : apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
-FB je la...

7.Soalan ke-tujuh : selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
- adik (family n kawan²di kg), mak su (anak² sedare), n op coz la ayg(dari die)

8.Soalan ke-lapan : tag lagi lapan orang.
- Banyak nyer lapan..hukhuk ok jom...
1) Nana
2) Puan Nurul
3) Shamsidah
4) Ellis si kacak
5)  Datuk K
6) Si gadis hijau
7) Yani
8) Cute

9.Soalan ke-sembilan : siapakah orang no. 1 kepada anda?
- Membe 1 kolej laen² kos..tapi giler² same² sbb penah dok 1 blok.. :D

10.Soalan ke-sepuluh : katakan sesuatu kepada orang no.5
- Datuk k....busuk...lalala

11.Soalan ke-sebelas : no. 3 ada hubungan dengan sapa?
- Sham...kamo still ngn si die kan..bley x aku ckp aku lupe name die.. :p

12.Soalan ke-duabelas : bagaimana pula dengan no.4?
- Cik adik ellis yg kacak...trskan dengan kekacakan anda.. :)

13.Soalan ke-tigabelas : pesanan kepada orang no.6
- nk join contez tu..tapi still xde baju ijo..adushhh....huhuhu

14.Soalan ke-empat belas : kata2 cinta untuk orang no. 2.
- Selamat Pengantin Baru... I lebiu la Puan Nurul.. :)

15.Soalan ke-lima belas : adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
- Meraka adalah wanita..:)

16.Soalan ke-enambelas : berikan 5 perkara yang anda tawu tentang orang yang mengetag anda.
1) Cun budak nyer...
2) Die syg sgt kt Mr Naqi die tu..
3) Die sgt gedik.. :p
4)Die skng dok kt kg halaman..
5) die pandai membodek..hikhik :p

18.Soalan ke-lapanbelas : perasaan anda semasa buat tag ini.
- Tensen..rase mcm mls nk buat tapi sbb da di tag..layan kn ajer..:p

19.Soalan ke-sembilanbelas : adakah anda tau si razman itu sengal
- huh..!!! Razman tu sape plak...??? xknal aku..huhu

20. Soalan ke-duapuluh : gay or less?
- Ops...Both tidak...kikiki..

Nota terjatuh: Khas utk 8 org tersebut..sila la merajinkan diri anda..jangan jadi mlas okeh... :)

6/09/2010

My Water Moments

Hi all.. Nuffnang buat contest lagik..syiok nyer... can get sony TX5...weeeeeeeeeeee.... :)

baru jer lepas lunch..pastu tgk email nuff bg email join contest..so ape lagi...  nk sony TX5 blacky tu..ngeee

Just want to share all my water moment with u guys..

 
Sgt memberi kenagangan yg mendalam dalam diriku ini..weeee.. :D.. tapi mesti lagi best dpt tgkp gamba gune sony TX5..waahh..!!! :)

ok let story a lil bit about sony TX5...


10.2 Mega Pixel T Series 4x Optical Zoom Cyber-shot (Black)

The compact Cyber-shot TX5 is built to be water-, shock-, dust- and temperature-proof! With features like Intelligent Sweep Panorama, Handheld Twilight and Anti-motion blur, TX5 give you the photographic power to shoot in style whenever, wherever.

• Water-proof (up to 3 meters)
• Handheld Twilight
• Intelligent Sweep Panorama
• “Exmor R” CMOS Sensor
• BIONZ Image Processor
• 25mm wide angle Carl Zeiss® Vario-Tessar lens

Beautiful images—even in low light

For low-light environments, the back-illuminated "Exmor R" CMOS sensor delivers stunning performance and increases sensitivity by 2x to reduce noise.

Natural and vibrant image

BIONZ Image Processing Engine drastically lowers noise level and achieves high accuracy in auto-focusing, exposure auto-correction and auto white balancing; creating a more natural and vibrant image in different shooting environments.

Realistic photos with excellent contrast

The Carl Zeiss® Vario-Tessar Lens delivers uncompromised, accurately detailed and realistic photos with excellent contrast.

Standard Retail Price:
RM 1,499.00 *  

For more info go to :
http://www.sony.com.my/product/dsc-tx5 

6/08/2010

..::Cara² untuk buat duit::..


Salam kawan²..hihih Jom buat duit nak..hihi aku taw nampak je duit mmg laju jer kn kn tgk mcm ne cara² die.. ngeeeeeeeeee...

1st skali nk mix maaf la..ni hanya utk kaum hawa jer... :p
siyes ke korang nak taw mcm ner..?? hurrmm ok jom layan video kt bawah nih k... :)

6/07/2010

Shopping...

Salam kawan² sume... Sorry la sejak 2 menjak ni kerap sgt wat entry pasal kawen..huhuhu bese la tuan nyer blog sedang kemaruk nk kawen mmg mcm nih..tambah² plak lagi 5 bulan jer lagi majlis nyer..mmg bertambah² la nebes aku nih... hihi

ok berbalik pade tajuk..shoppng..hurrmm last saturday..!! aku p shopping ngn mama n family abg long aku...perggghhh mmg gempak la shopping mase tu..ktorg p kt jakcel...

aku igt nk beli sket² jer..aleh² hamik ko.. shopping sakan siap beli baju raye lagi da..hikhik aku da beli kain utk nikah nnt...hurrmm.. aku mama beli baju tema mase majlis..kaler aper ye aku nk ckp..hurrmm kaler nih.. lebey kurang tu la kaler nyer.. mama beli utk sume anak² die..hurrmmm mmg abes la.. da siap beli kain tu..p usha cadar plak..husiihhh... cantek² rambang mate..igt nk tgk² jer..beli nyer nnt..hurrmm pandai btl akak jurujual tu amik ati..haaaa kn da tersangkut 1 cadar.. da siap tu..
dan² mama ckp..da xlarat da..balik jom..kuikui

nasib baik along ader so die tukang membawa barang² ktorg..kuikui.. lepas jer lepak² makan ktorg gerak la nk balik...kbtln.. mama ajak plak p muah along kt kem wardiben (Ejaan salah maap yer) wardieburn hurrmm p la ke sane plak... rupe nyer nk pinjam baju nikah kak ana.. utk jadi baju betunang (Komfem kene otter) aku raye nih...hurrmm setel jer c2 gerak plak p putrajaya...p umah kakak p bg kaen yg mama beli kn td.. soh buat sendiri mama da blanjer da..huhu

dalam kul 7 tu baru gerak balik cheras..
wahh penat nyer..!!

Malam tu plak mama nk jumpe ngn die..nk tanye lebey lanjut pasal persediaan sebelah pihak die..aku senyap ajer.. mama siap tepon mak die ag nk tanya lebey lanjut katenyer..hurrmm xper la nk wat cane kn..layan kan ajer la..hikhik :)

da la pjg plak beceter ari nih.. jom tgk cost² yg da abes....

baju nikah 1m = RM 15 * 9 meter (Bju melayu die + ngn Baju nikah aku) = RM135
Baju tema pompuan 1m = RM35 * 23 meter (4m * 5 Org besar + 3m bdak kecik)=RM805
baju tema laki 1m = RM 15 * 15meter (3 org laki dewasa) = RM 225
cadar = RM 200
Baju raye (yg ni kak ana punye tapi masuk lam cost jugak) sume skali =RM 167
Jumlah sume skali =RM 1532 (ini adalh anggaran kasar berdasarkan ingatan aku)



So itu la cost yg telah terlabur selama 1 ari..huiiii.. melayang² duit mama...hukhuk

6/04/2010

Cuti dtg lagi....


Salam kawan²,

Cuti dtg lagi..aku Maw pulang da...hihihi tapi nk bgtaw satu perkara nih..
Mama dtg KL malam ni..sooo..aku nk balik ke Cheras..Yeay..!!! sukep² jumpe mama tercinta... :))))

My lovely MAMA...
muaxxxx... :*

6/02/2010

Sudahkah Anda Bersedia Untuk Berkahwin



Salam kawan² hurrmmm... maaf la lame xmengupdate..cam cuti trs jer kan.. hai la naseb bdn..cuti² dok umah tido jer pon leh demam..aku xtaw la sejak dua menjak nih..badan jadi lemah jer..:(..padahal aku baru jer bek demam yg ari tu..ni demam balik.... xper la kawan² aku de mende nk share ni..sbb td kawan aku share note nih kt FB die..so aku copy n paste la kt blog kesayangan nih.. :)
mai la kite sesame menghayati nyer..lagi² utk org yg bakal mendirikan umah tangga..mcm aku nih..:) jom la kite membaca yer kawan²..

..::OuR JouRneY::..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers